Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Sunday 24 January 2016

Macaroni sup dan paprika butter fried chicken ala najwa

Assalamualaikum w.b.t



It's weekend guys! Tibalah hari untuk aku main masak-masak. Since minggu ni habiskan masa kat rumah je so ayuh ke dapurlah kita. First resepi yang aku nak share ni adalah macaroni sup. This is my all time favourite. Dulu-dulu aku pernahlah google resipi macaroni sup ni tapi aku ni jenis derhaka resepi. Tak adanya boleh follow last-last aku menukang buat cara aku sendiri. Versi campak adalah kegemaran aku. Aku suka main campak-campak ni. Sedap ke tak belakang kira. Tapi gamble sikit la buatnya tak sedap dah tu pulak nak hidang kat orang tak ke naya kan. That's why kena buat experimen dulu. Aku buat untuk aku dulu lepas tu baru bagi orang lain rasa. Sebelum melalut lebih jauh jom usha resepi ni.

Macaroni Sup

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Minced beef (daging kisar/hancur) - nak guna ayam, sotong,udang pun boleh. aku guna daging sebab aku suka rasa daging yang buat sup aku rasa manis daging tu..hehe
  2. 3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah
  3. Cauliflower (kubis bunga), brocoli
  4. Carrot, ubi kentang (dipotong dadu)
  5. Tomato, daun ketumbar
  6. Cili padi -ikut suka nak banyak mana (aku guna dalam 3 biji)
  7. Kiub pati ayam knor - aku guna 2 biji
  8. Secukup rasa - sebagai ganti garam. I prefer more secukup rasa berbanding garam. Tak tahulah penyakit apa aku ni.
  9. Lada hitam -1 sudu kecik (serbuk)
  10. Olive oil -menumis
  11. Macaroni 

Cara-cara:
  1. Memula sekali rebus macaroni dulu dalam 10-15minit sampai jadi lembut. Letak sikit garam masa rebus tu. Bila dah lembut, tos dan aku gaul dengan olive oil bagi elakkan dia melekat. Lepastu aku pernah nampak umi aku gaul dengan serbuk black pepper sikit so aku pun buat macam tu. Ketepikan dan mula untuk buat sup.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris menggunakan olive oil. Agak warna bawang dah tukar karamel masukkan daging kisar.
  3. Agak-agak daging dah bertukar warna aku masukkan air. Depends banyak mana you all nak buat sup tu. Masukkan kiub pati ayam 2 biji. (aku guna 2 biji sebab air aku banyak, kalau you all buat sikit je sup tu rasanya cukup dah sebiji je guna)
  4. Bila sup dah mendidih, masukkan sayur yang keras dulu macam carrot, ubi kentang dan kubis bunga. Lepas tu disertakan dengan brocoli.
  5. Masukkan serbuk lada hitam sikit dan secukup rasa (boleh guna garam). Adjust ikut selera you all.
  6. Last sekali baru masukkan cili padi. Nak pedas kasi taruk banyak sikit. Siap!
  7. Tomato dan daun ketumbar tu adalah garnish dia.

Tadaa...dah siap untuk masuk mulut. Simple je. Cukuplah untuk isi perut orang bujang...hihi. Daun ketumbur ni memang wajib aku letak kalau aku buat macaroni sup. Rasa daun ketumbar ni buat aku happy nak bertambah..:) daun sup pun tak boleh beat rasa daun ketumbar ni.


Paprika butter fried chicken ala najwa

Bahan-bahan:

  1. Ayam - guna dada ayam
  2. Sos tiram - 2 sudu besar
  3. Garam
  4. Paprika - 1 sudu kecik
  5. Lada hitam - 1 sudu kecik (serbuk atau ditumbuk)
  6. Oregano - 1 sudu kecik
  7. Butter - 2 sudu besar (kami guna buttercup)

Cara-cara:
  1. Siapkan ayam dan gaul sos tiram, garam, paprika, lada hitam dan oregano untuk marinate ayam.
  2. Rehatkan ayam dalam setengah jam. Bagi semua bahan tu serap dalam ayam.
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  4. Lepastu masukkan ayam yang dimarinate tadi. Goreng. Bagi butter tu meresap both sides ayam tu. Ayam tu lebih baik kelar dulu supaya senang masak.
  5. Agak dah masak dan garing bolehlah dihidangkan. Siap!




Tadaa..dah siap paprika butter fried chicken kita. Bolehlah hidang nasi panas, kami ada jugak goreng sayur paprik dan sambal belacan. Berasap-asap mulut dan telinga pekena ayam ni dengan sambal belacan dan sayur goreng. Sedappp! 

Selesai sudah sesi memasak untuk minggu ni. Tengok minggu depan pulak apa nak masak.
Mood nak menulis untuk baby no 3 dah datang. Sambil menulis sambil layan video projek rindu menyapa cinta. Hee.. sila klik link di bawah untuk tengok..:) Thanks.

https://www.youtube.com/watch?v=tb3odw6CrXk


Toodles!





No comments:

Post a Comment