Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Sunday 10 January 2016

Spaghetti ala Najwa & Buttermilk chicken ala Najwa


Assalamualaikum w.b.t


Woarghh..I'm so damn hungry now. Spaghetti is my fave anyway! Aktiviti aku dihari minggu kebiasaannya memasak dengan housemates. Maklumlah bangun lapar, nak buat apa lagi selain masak untuk isi perut since weekend je la kalau sempat masak sesama. Aku mengaku tak pandai masak sekadar simple2 tu boleh la aku main campak tapi aku suka  nak belajar masak. So, its time to play in the kitchen peeps!
Housemate aku ni pandai masak, so I've been observing her skills at the kitchen add this and that and some more just like what she wants it and feels it. Serap masuk dalam kepala apa yang boleh.
Minggu lepas adalah giliran kami berwestern. We choose to cook spaghetti and I name it as 'Spaghetti Ala Najwa'. Taste dia? Ahmayyyzingggg! Sedap sangat. Aku suka. Untuk penggemar spaghetti meh aku share resipi ni. Ni kira kredit kat housemate aku, najwa (Wa, you're a public figure now).. weee

Spaghetti ala najwa

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Spaghetti (u all boleh tukar dengar segala jenis anak beranak pasta, penne, spiral or anything yang ada kat mall. Kami guna penne sebab yang tu je ada dalam stok kat rumah)
  2. Sos bolognese (kami guna brand kimball)
  3. Sos cili (2 sudu besar)
  4. Sos tomato (2 sudu besar)
  5. Tomato segar (dipotong dadu)
  6. Carrot (dipotong dadu)
  7. Daging kisar (depends banyak mana yang you all suka)
  8. Kiub lembu knorr (1 biji)
  9. Oregano 
  10. bawang putih (4 ulas) -dipotong dadu
  11. bawang merah (2 ulas) -dipotong dadu
  12. Halia (dihiris)
  13. Cili padi (ikut suka nak letak berapa) -dihiris
  14. Olive oil -untuk menumis
  15. Lada hitam (ditumbuk)
Cara-cara nak masak:
  1. Memula rebus spaghetti (kes aku ni rebus penne la kiranya). Dah masak dan lembut sejat dan ketepikan. Tips tak nak bagi dia melekat aku pernah baca gaul sikit dengan olive oil.
  2. Untuk sos pula, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dengan olive oil hingga naik bau. (Amalkan gaya hidup yang sihat pakai olive oil..hee) 
  3. Masukkan daging cincang sampai masak dan tuangkan sos bolognese, sos cili dan sos tomato. 
  4. Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato, oregano, kiub lembu knorr, cili padi, garam, lada hitam dan gula. (garam dan gula main adjust je ikut rasa yang you all nak)
  5. Siap! 

Dah siap keletang keletung, tadaa..wallaa

 *sila abaikan sudu garfu yang tak match. Bila dah ambil gambar baru perasan..hishh
 *Don't judge my presentation skills. Agak ke laut.

SPAGHETTI ALA NAJWA

Untuk minggu ni, kami masak bertiga (aku, najwa dan bibi) ni geng rumah sewa. Okay, minggu ni kami tekak melayu minta nasi. So masak nasi and our main course is *bunyi gendang.

Buttermilk chicken ala najwa 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Ayam (kami guna chicken breast senang nak potong kiub2)
  2. 1/2 cup Tepung gandum
  3. 1/2 cup Tepung jagung
  4. Bawang putih  (dalam 6 ulas)
  5. 1-2 biji Putih telur
  6. Cili padi (dalam 5-6 biji)
  7. 2 sudu besar butter (kami guna buttercup dan lebih dari 2 sudu)
  8. Serbuk kari (guna serbuk kari daging babas)
  9. Daun kari (guna dalam 4 tangkai daun kari untuk kuah buttermilk, 2 tangkai untuk perap)
  10. Setengah tin susu cair (depends kat you all nak kuah banyak mana)
  11. Garam dan lada hitam
Cara-cara nak masak:

  1. Memula potong ayam kiub2 dan perap dengan garam, serbuk kari, daun kari dan lada hitam (ditumbuk).
  2. Campurkan 1/2 cup tepung gandum dan 1/2 tepung jagung. Main agak2 cukup tak dengan ayam yang you all potong.
  3. Siapkan putih telur.
  4. Celup ayam dalam putih telur dan sadur dengan campuran tepung tadi lepas tu goreng.
  5. Dah siap goreng ayam ketepikan dan mula start masak untuk kuah buttermilk.
  6. Masukkan butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. 
  7. Bila dah naik bau, masukkan susu cair, garam dan lada hitam sikit. 
  8. Masak dan kacau hingga pekat. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng tadi. Siap! 

Tadaa...wallaa!


Alhamdulillah tersadar kenyang kami bertiga makan nasi, berlaukan buttermilk chicken dan sayur goreng ala bibi (tak ada gambar pulak sayur ala bibi).  Perut yang bergendang makan nasi panas-panas dengan lauk ni ditambah pulak dengan sambal belacan..perghh wallaaa. You guys should try! Try this at home and you will like wallaaweyy..hehe

Macam tu lah lebih kurang cerita makan aku di hujung minggu bersama geng rumah sewa. Dah perut kenyang, tiba masa untuk aku mereka cerita. Cerita apa? Haa, my third baby is on the way. Actually, still long way to go sebabnya aku baru dalam phase introduction. Need to work really hard to finish it by..err i don't give any dateline for this but i'll try to finish this asap.  Ohh, i can see tons of work waving at me..


My third baby (coming soon, insyaALLAH) semoga allah s.w.t permudahkan urusan untuk menyiapkan manuscript ini. Ada yang tanya apa tajuk dia tapi aku tak ada pilih tajuk lagi. Usually, tajuk adalah paling last aku buat sebab aku akan scanning whole story untuk pilih tajuk. Untuk dua-dua novel sebelum ni macam tulah aku buat. That's why aku namakan manuskrip aku first, second and third baby. :)
Alhamdulillah first and second baby dah bernama tinggal yang third baby je tak ada lagi.

My first baby = Penghujung cintaku (PC) yang ni special sebab yang sulung. Cerita yang aku reka berdasarkan pemerhatian aku.

My second baby = Rindu menyapa cinta (RMC) yang kedua ni pun special sebab bagi aku cerita dia lebih matang dan mengajar aku tentang keagungan doa kepada Yang Maha Esa.

My third baby = coming soon insyaALLAH. May Allah s.w.t ease my way to complete this manuscript. InsyaALLAH, amin.

Toodles! 






No comments:

Post a Comment