Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Saturday 13 February 2016

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum w.b.t

Hewhew..dah lama tak update blog. Referring to the post title above, ada cerita sikit pasal my short vacation to Tok Aman Bali Beach Resort. Nama terasa macam kat Bali, Indonesia tapi tapi...tempat ni hanya berada di kampung halaman aku. Mana lagi? Kelantan darul naim tercinta. Sebelum ni ada kekawan tanya pasal resort ni tapi aku tak boleh nak explain lebih walaupun ianya memang terletak di kampung halaman aku tapi aku sendiri tak pernah jejakkan kaki kat sini but now dah boleh cerita dah. Dah experience datang tempat ni meh nak share tentang resort ni. Orang luar kelantan pernah cakap tertarik tengok view resort ni dari jalanraya nak ke besut. Ada tasik. Sangat cantik!
Okey, percutian ni dipanggil girlfriends' short vacay yang disertai oleh aku, fiza, anis dan dyla. Dulu-dulu time semua masih study tunggu sem break baru ada peluang nak jumpa ke apa kan but now alhamdulillah semua orang dah kerja so kami pilih weekend untuk bercuti. Tak lama pun aihh..semalam je kami kat sini sebabnya ada hal yang tak dapat dielakkan.
Tak lama pun but we had lots of fun. We enjoyed every moments created here.
Dah, tak payah cakap banyak kita usha best ke tok aman bali beach resort ni. Best ke?

Aku suka gambar ni sebab aku nampak tinggi..kikiki..

Ni la entrance nak masuk ke main lobby. Kemain cantik aihh. Kami check in dah agak petang la jugak. Dah nak maghrib sebabnya kami tunggu flight dyla sampai dari kl dulu barulah gerak ke tok bali. Aku,fyza dengan anis dah balik lebih awal. Around sejam jugak la nak sampai ke tok bali dari kota bharu.
Sebelum sampai tempat ni aku, fyza dan dyla jakun tengok laut. Nampak je laut nak menghala ke tok aman bali ni, semua dah tergedik nak ambik gambar. Ni memang tak boleh jadi. Stop the car!! Stop the car. Jangan sampai aku tarik handbrake..haha


Yeayy..kami dah sampai maldives!  tok bali!. Subhanallah. Pemandangan dia cantik sangat. Tak ada pulak sunset sebab rasanya matahari dah full turun plus hari tu hujan renyai-renyai so matahari takde pulak tapi tak apa, scenery kat sini memang minta berhenti untuk tangkap gambar. Aku tak kira.


Posing kejap je kat sini sebab anis dah selamat sampai resort lebih awal so bergerak la kami ke sana. Sampai je check in masuk bilik *actually anis dah check in masuk dulu sebab kami sampai lambat. Hehe.. Jom usha bilik kami.


Full mirror kat balcony untuk ambil gambar full OOTD esok..hihi

Malam tu, lepas bersiap and solat semua kami bergerak keluar untuk dinner. Orang cakap dah datang bercuti area tok bali ni memang wajib makan seafood. Ikan bakar contohnya. Sepanjang jalan tu berlambak kedai-kedai makan yang berasaskan seafood dan ikan bakar. Kami ni bila dah banyak choices terus jadi tak tahu nak berhenti kedai yang mana satu. Hehe. So, kami berhentilah try kat satu restoran ni. Tak ingat pulak nama kedai tapi penangan ikan bakar masak berempah cicah air asam, sambal belacan, kailan goreng, sotong goreng perghhh buat semua orang tak boleh berhenti makan. Licin kami bedal semua makanan, ni gambar pun main snap. Dah nak licin baru teringat nak ambil gambar. So, kindly ignore the mess guys. 


Lepas dah siap isi perut, maka keberangkatan pulang ke resort. We just proceed with pillow talk in our room dan tepat pukul 12 adalah birthday ANIS!!..tak sempat prepare cake. Esok janji kita makan kek ya anis? 

Sajian di pagi hari dari balcony bilik

Wuarghh..good morning world! Bangun pagi, terus ke balcony nak ambil udara segar. Plannya pagi ni nak mandi kolam dan nak main aktiviti kat tasik depan ni tapi hujan turun membasahi bumi terpaksalah cancel. Just for your info, this resort ada banyak aktiviti menarik untuk dibuat. Contohnya:

Adult Swimming Pool & Child Wading Pool with slides
  • - Exercise Room
  • - Tok Aman Bali Spa 
  • - Cycling
  • - Pedal Boat Rides
  • - Fishing
  • - Kayaking
  • - Beach Volley Ball
  • - Kids Playroom
  • - Children Playground
  • - Games Room & Mini Library
  • - Herb & Butterfly Garden 
  • - Convenience Store
  • - Physically Challenged Guests Facility
  • - Room Service
  • - Paintball 
  • - 8-elements Obstacle Course
  • - Water Ball
  • - Buggy for Rental

Banyak kan aktiviti yang ada kat sini? tapi kami satu apa pun tak sempat join melainkan mandi pool. Pagi tu, dengan tak mandi *dah plan nak mandi pool* kami menuju ke dining hall untuk breakfast. Dah nama pun kat kelantan, pe lagi pekena nasi kerabu la pepagi ni but actually there are wide range of breakfast choices available here. Tunggu pilih je nak makan apa. 


 



Dah puas kami semua berikan duyung dalam kolam dan matahari pun dah makin tegak atas kepala, bertempiaran kami lari masuk bilik. Tangan kaki semua dah kecut, sambung mandi dalam bilik dan bersiap untuk balik.
Till we meet again tok aman bali beach resort. Ada rezeki kita jumpa lagi!

Sebelum bertolak balik, sempat lagi singgah pantai. Apa lagi, photoshoot kena ada.

Dyla

Fyza

Anis

Iza



Sampai je kota bharu, fyza bawak kami semua yang first time nak try kedai teh tarik madu paling famous kat kelantan ni, Warung Pak Mat Medan Ikan Bakar.Sup Kepala Ikan.Teh Tarik Madu. Warung ni terletak di Address: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan (near to Pantai Cahaya Bulan or PCB).
Business Hours: Opens morning til lunch time, closes on Tuesdays.


bagi aku kedai ni memang berhantu. Sekali kau dah try, kau akan keep mention nak datang lagi. Kedai pun tahap famous dia kadang-kadang bila waktu peak hours kena beratur. Dulu aku selalu dengar orang gebang2 pasal keenakan makanan kat sini now hands down to the best sup ikan ever! Aku memang kalah sikit dengan makanan bersup2 ni. Favourite sejak azali. 

From left to right: Kawan tadika fyza. Kawan sekolah fyza. Fyza. Kawan universiti fyza.


Sampai je kami kat rumah fyza, parents dia buat surprise kek dan makan2 sikit untuk birthday girl, ANIS. Happy birthday dear anis. We love you! May allah s.w.t showering you with HIS blessing. Ameen. Thank you ciktie and cikdin. Overall, we had so much fun even though it just a short trip one. To fyza and family, we couldn't thank you enough for this trip. :)

Toodles!

No comments:

Post a Comment