Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Wednesday 6 January 2016

INDONESIA


Assalamualaikum w.b.t

*Amaran: Entry banyak gambar.

Indonesia, sebuah negara yang berjiran dengan malaysia dan mempunyai banyak siaran sinetron kegemaran makcik2 malah aku sendiri. Siapa tak pernah layan sinetron jangan menipu sangat. Aku tahu zaman dulu2 gigih balik sekolah campak beg tepi dinding demi nak tengok bawang putih bawang merah. Pernah tak? aku pernah sebab aku minat siska..haha. Okey enough. Bukan pasal sinetron yang aku nak cerita dengan tajuk berupa di atas. Since ni baru tahun baru jadi aku belum berkesempatan bercuti memana lagi tapi tahun lepas aku sempat la kiranya melaburkan duit bercuti dan tempatnya adalah. Tu baca tajuk kat atas.
Yes, last year marked myself visited Indonesia twice. Alhamdulillah aku berkesempatan melawat ke tiga buah negeri di Indonesia. Jakarta, Bandung dan Bali. Tiga tempat berlainan dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. At first, aku ikut rombongan umi dengan colleagues dia ke Jakarta dan Bandung. Tak lama pun aku pergi bercuti ni, short trip tiga hari dua malam je tapi sempat la ke dua2 tempat ni. Kenapa pergi bandung? Sebabnya tahulah mak2 ni suka dengan kain2 semua tu kan dan Bandung memang terkenal untuk kaki shopping beli kain, telekung, kerepek, branded outlet and bla bla bla.
Actually, beberapa hari sebelum aku nak pergi sana aku diserang demam. Hati aku dah gundah gulana, esok nak pergi sana demam aku masih tak kebah. Panadol aku keep makan biar demam cepat-cepat kebah. Aku tak nak nanti demam pergi sana confirm mood nak jalan-jalan ke laut. Sia-sia pergi tempat orang tak gi berjalan. A very much thank you goes to my housemates sebab jaga aku time demam tu. Terasa kasih sayang membuak-buak dan disayangi sepenuh hati oleh mereka. *sila geli baca part ni
Okey, back on track. Kat mana tadi? 
Okey, flight ke Jakarta adalah awal pagi so malam tu kami semua rombongan cik kiah tidur dahulu di sama-sama express hotel lounge klia2 tu jugak. Senang esok pagi bangun terus gerak. I just love this hotel. Akak bagi lima bintanggg!

Now, let photos do all the talking.


                                                  I look very much pale. Demam.
          Malam tu sempat buat tutorial dalam bilik hotel untuk kawan-kawan umi. Berkenan cara pakai shawl ni katanya. Thank you hanis zalikha, I famous sebab gayakan tudung gaya you..weee


We are safely arrived in Jakarta. Benda pertama aku perasan tentang kota ni jalan raya sangat sesak. Macett.. bertambah pening kepala aku yang sedia berdenyut. Kami sempat singgah kat tanah abang pastu ada mall ape ntah aku tak ingat. Banyak makan semut kot aku ni habis semua tak ingat. Aku tak snap gambar pun kat jakarta sebab tak larat. Demam katanya. Dalam van pun aku tido je kejenya. Bila agak-agak hari nak merangkak petang, to Bandung we go! Perjalanan dari Jakarta ke Bandung agak lama. Berjam-jam dalam van. Aku tido lagi. 


Sampai Bandung, tak menyempat terus shopping di sekitar branded outlet yang terdapat di sana. Kaki shopping mesti go crazy tengok barang2 kat outlet2 ni. Aku ingat aku ni dah kaki selfie tapi aku silap about my umi's friends. They are way crazy taking photo than me! 


Breakfast pertama di Marciella Hotel, Bandung. I just love bandung weather. Sejuk dan nyaman je. Alhamdulillah hari kedua aku dah fresh. Walla..let's shop till drop! 


 Kat bandung ni, aku dengan umi shopping kain sulam, kain lace (kain-kain kat sini sangat cantik ok), baju, jeans, souvenir untuk yang tersayang kat rumah tu, kerepek2 yang famous kat sini.





Last day, singgah Kartika Sari before heading to bandung airport. Orang cakap its a must kalau datang Bandung beli brownies kat sini. 


With the queen of my heart. 

Itu adalah cerita Jakarta dan Bandung. Beberapa bulan lepas tu, aku ada company trip ke Bali. Bali...tempat omputih melepak. Antara kepulauan tercantik dunia. Sangat teruja. This trip hanya melibatkan female staff only. Sorry guys. Next trip would be yours. Site team, happy working and i'm leaving. *waving hand


Flight kami ke Bali awal pagi jadi pukul 5 pagi dah gerak dari rumah. Sampai klia, solat subuh, check in dan breakfast.



Dan-dan nak masuk tu sempat lagi sebab kami ada miss photographer. :)

 

Safely arrived in Bali. The one with sunglasses is our big boss. A very big thank you boss for    sponsored our bali trip. It was ahmayziingg!


Sampai-sampai ada orang kalung benda ni. Smell so jasmine.


Tak ke sawan aku tengok pemandangan sebegini indah. Subhanallah. Very much beautiful. We stayed at Alila Seminyak Bali. Memandangkan projek company aku sekarang tengah construct Alila Bangsar tapi kaitan apa antara company tempat aku kerja dengan hotel ni? What do you think?




I love their greeting food! Mana cukup sorang satu kecik cenonet je.








Their hospitality is beyond perfect and tiptop. Come stay here guys. You won't regret and worth every penny! Great hotel, amazing facilities, friendly staff, just perfect combo for relaxing stay and away from tons of works. Couple will definitely love this place too. For honeymoon, baby moon or other moon2. 




Buka pintu nampak model-model victoria's secret tengah berjemur ditemani lelaki-lelaki hot!







Ready for hi-tea and dinner. Aku pakai selekeh je..sob2..








Breakfast sebelum memulakan aktiviti hari kedua. Time ni kami semua berpecah ikut pilihan masing-masing. Aku pilih group shopping so all day long aku hanya pergi tempat-tempat shopping dan spa. Kalau group satu lagi tu dia orang pergi tempat-tempat menarik macam tanah lot yang famous tu pastu pergi tempat waterfall.



Spotted this cute little boy



My pretty roommate for three days




Full house at Jimbaran beach. Tempat romantik yang pasangan kekasih suka datang. Candle light dinner sangat.


                                                      Damaged that we done because I love seafood!


Ini adalah potato head. Tempat dia macam lepak, minum2, fashion, art, music live band macam tu lebih kurang. Aku tak sempat nak pergi. Yang lain tu pergi sini malam tu tapi aku duk terbongkang layan tuan anas mikail dalam bilik.. chehh Internet hotel laju gila so apa lagi layan youtube la. Since tv dia tak ada channel malaysia, tapi option dia provide boleh tengok youtube. Apa lagi layan la. Punya syok aku dengan roomate aku layan tengok youtube sambil kunyah kuaci bawak dari malaysia.



Last activity sebelum bertolak balik tengah hari tu ialah naik basikal keliling seminyak. Syok, jalan dia jalan kecik je untuk kita2 ni naik basikal in fact tourist pun buat benda yang sama. Basikal ni hotel yang provide untuk kita touring area hotel dan pekan kat situ. Sempat lari gi seminyak square beli souvenir. 


Ni jalan nak pergi ke potato head. Siang hari tak meriah sangat. Malam baru hidup sikit area potato head ni. 


Lepas round2 area seminyak ni, kami terus balik hotel bersiap untuk ke airport pulak. It's time to go home guys.  Janji gather kat lobby pukul 1230 tgh hari tapi pukul 11 kami masih di jalanan. Berdesup-desup kayuh basikal sebab kami dah agak lambat sebenarnya mana nak mandi lagi, nak final packing lagi.
So, I think that's all it is. My indonesia story and saje nak recalled my travel journey as i'm so looking forward for my next trip with my roomies next month. Can't wait.
Toodles!




















No comments:

Post a Comment