Weekend, ayam goreng berempah simple dan sambal belacan. Yes, you read my post title right. Kita akan sama-sama menyelami hari weekend aku, resepi ayam goreng berempah simple dan sambal belacan. Last weekend, my bestie was back in town! So, us just being us. We'd never missed any of girl's day out together. Okey, hari sabtu lepas adalah hari aku kena kerja so hari tu dah makan setengah hari mengadap laptop kat office untuk update progress report and bla bla bla. Berbekalkan tenaga kuasa dua laju gila aku update report dengan harapan by 12pm aku dah boleh blah. Dah janji nak gi dating okey.
Alhamdulillah aku berjaya siap kerja dalam pukul 12 macam tu dan berkejaran ke lrt station. Kat sana aku nampak ada budak cantik ni tengah pandang aku. Aku pun pandang dia. Dia pandang lagi, aku kelip2 mata pandang balik. Guess who's that pokemon? *insert emoji mata ada love
There she is! My bestie!
Masuk kereta, mulut dua-dua terus berjalan 120km/h dan tempat pertama yang dituju adalah ke sebuah butik yang terletak dekat bangsar. Alaa, in short butik tu depan HQ aku. Aku suggest kami pergi RUMODA sebabnya kata si kawan aku dia nak cari baju untuk pergi kenduri. Shoot kami pergi sana.
Ni la budak cantik yang pandang aku kat lrt station tu. Cantik kan? adore her. |
Aku suka dengan baby breath dalam botol kaca ni. So pretty! |
Tadaa, menu pilihan kami kat kedai kopi xoxo ni |
Dah, jom balikkk! |
Ahad petang lepas pergi kenduri dengan fiza, dia hantar aku balik rumah. Dan malam tu terjadilah aktiviti memasak geng housemates aku. Let's check it out what menu that we had on that beautiful night.
Ayam goreng berempah simple
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Beberapa ketul ayam
- Serbuk kari daging BABA'S
- Garam
- Lada hitam (serbuk/ditumbuk)
- Daun kari (depends on chicken yang digunakan)
Cara-cara:
- Memula, basuh dan potong ayam beberapa ketul. Bergantung berapa orang yang you all nak jamu. Untuk marinate ayam tu, taburkan serbuk kari daging BABA'S, sedikit garam (main agak je), lada hitam (kami guna serbuk) dan setangkai daun kari. Gaulkan kesemua bahan ini dan marinate ayam untuk beberapa minit. Bagi dia serap.
- Dah siap marinate tu, terus goreng. Siap! *simple kan?
Tadaa, jadilah ayam goreng berempah simple. Excuse ayam kami yang sedikit malap warnanya. Terlebih garing. Don't judge our chicken based on color appearance. It's taste good! Hehe |
Sambal belacan
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Cili besar (cabai hidup) -depends berapa banyak you all nak buat (kami guna 5-6biji)
- Cili padi -depends berapa banyak you all nak buat (kami guna dlm 12-14biji)
- Belacan -setengah sudu besar
- Asam jawa (isi dan airnya) -1 sudu besar dan sekali dgn air suku cawan
- Garam
- Gula
- Limau nipis (separuh je)
Cara-cara:
- Basuh dan potong kasar cili besar dan masukkan sekali cili padi ke dalam blender. Masukkan belacan, asam jawa dan airnya, garam dan gula sikit dan perah limau nipis separuh.
- Blender semuanya sekali. Siap!
Tadaa, sambal belacan hasil air tangan najwa |
Berbekalkan perut yang berkeroncong, sambal belacan dimakan bersama ayam goreng berempah simple dengan nasi panas. Wallaa..
Okey, jump next entry.
Toodles!
Jalanjaln cari resepi ayam berempah. Sedapnyaaa tp xpernah jadi sama macam kt kedai kalau buatt hehe😁
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1