Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Sunday 24 January 2016

Macaroni sup dan paprika butter fried chicken ala najwa

Assalamualaikum w.b.t



It's weekend guys! Tibalah hari untuk aku main masak-masak. Since minggu ni habiskan masa kat rumah je so ayuh ke dapurlah kita. First resepi yang aku nak share ni adalah macaroni sup. This is my all time favourite. Dulu-dulu aku pernahlah google resipi macaroni sup ni tapi aku ni jenis derhaka resepi. Tak adanya boleh follow last-last aku menukang buat cara aku sendiri. Versi campak adalah kegemaran aku. Aku suka main campak-campak ni. Sedap ke tak belakang kira. Tapi gamble sikit la buatnya tak sedap dah tu pulak nak hidang kat orang tak ke naya kan. That's why kena buat experimen dulu. Aku buat untuk aku dulu lepas tu baru bagi orang lain rasa. Sebelum melalut lebih jauh jom usha resepi ni.

Macaroni Sup

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Minced beef (daging kisar/hancur) - nak guna ayam, sotong,udang pun boleh. aku guna daging sebab aku suka rasa daging yang buat sup aku rasa manis daging tu..hehe
  2. 3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah
  3. Cauliflower (kubis bunga), brocoli
  4. Carrot, ubi kentang (dipotong dadu)
  5. Tomato, daun ketumbar
  6. Cili padi -ikut suka nak banyak mana (aku guna dalam 3 biji)
  7. Kiub pati ayam knor - aku guna 2 biji
  8. Secukup rasa - sebagai ganti garam. I prefer more secukup rasa berbanding garam. Tak tahulah penyakit apa aku ni.
  9. Lada hitam -1 sudu kecik (serbuk)
  10. Olive oil -menumis
  11. Macaroni 

Cara-cara:
  1. Memula sekali rebus macaroni dulu dalam 10-15minit sampai jadi lembut. Letak sikit garam masa rebus tu. Bila dah lembut, tos dan aku gaul dengan olive oil bagi elakkan dia melekat. Lepastu aku pernah nampak umi aku gaul dengan serbuk black pepper sikit so aku pun buat macam tu. Ketepikan dan mula untuk buat sup.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris menggunakan olive oil. Agak warna bawang dah tukar karamel masukkan daging kisar.
  3. Agak-agak daging dah bertukar warna aku masukkan air. Depends banyak mana you all nak buat sup tu. Masukkan kiub pati ayam 2 biji. (aku guna 2 biji sebab air aku banyak, kalau you all buat sikit je sup tu rasanya cukup dah sebiji je guna)
  4. Bila sup dah mendidih, masukkan sayur yang keras dulu macam carrot, ubi kentang dan kubis bunga. Lepas tu disertakan dengan brocoli.
  5. Masukkan serbuk lada hitam sikit dan secukup rasa (boleh guna garam). Adjust ikut selera you all.
  6. Last sekali baru masukkan cili padi. Nak pedas kasi taruk banyak sikit. Siap!
  7. Tomato dan daun ketumbar tu adalah garnish dia.

Tadaa...dah siap untuk masuk mulut. Simple je. Cukuplah untuk isi perut orang bujang...hihi. Daun ketumbur ni memang wajib aku letak kalau aku buat macaroni sup. Rasa daun ketumbar ni buat aku happy nak bertambah..:) daun sup pun tak boleh beat rasa daun ketumbar ni.


Paprika butter fried chicken ala najwa

Bahan-bahan:

  1. Ayam - guna dada ayam
  2. Sos tiram - 2 sudu besar
  3. Garam
  4. Paprika - 1 sudu kecik
  5. Lada hitam - 1 sudu kecik (serbuk atau ditumbuk)
  6. Oregano - 1 sudu kecik
  7. Butter - 2 sudu besar (kami guna buttercup)

Cara-cara:
  1. Siapkan ayam dan gaul sos tiram, garam, paprika, lada hitam dan oregano untuk marinate ayam.
  2. Rehatkan ayam dalam setengah jam. Bagi semua bahan tu serap dalam ayam.
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  4. Lepastu masukkan ayam yang dimarinate tadi. Goreng. Bagi butter tu meresap both sides ayam tu. Ayam tu lebih baik kelar dulu supaya senang masak.
  5. Agak dah masak dan garing bolehlah dihidangkan. Siap!




Tadaa..dah siap paprika butter fried chicken kita. Bolehlah hidang nasi panas, kami ada jugak goreng sayur paprik dan sambal belacan. Berasap-asap mulut dan telinga pekena ayam ni dengan sambal belacan dan sayur goreng. Sedappp! 

Selesai sudah sesi memasak untuk minggu ni. Tengok minggu depan pulak apa nak masak.
Mood nak menulis untuk baby no 3 dah datang. Sambil menulis sambil layan video projek rindu menyapa cinta. Hee.. sila klik link di bawah untuk tengok..:) Thanks.

https://www.youtube.com/watch?v=tb3odw6CrXk


Toodles!





Saturday 23 January 2016

Introducing : beau.byfyza ~ a new fashion style

Assalamualaikum w.b.t

Remember from previous entry I did mentioned about my last agenda. Remember? Okey, meh nak cite. Last week kan aku ada aktiviti dengan fiza  So, on last sunday, four of us (Fiza, Anis, Dyla dan aku) bergerak la kami ke satu tempat. We're so excited! Subuh-subuh lagi aku dan Fiza dah bangun (kalau you all ingat aku spend overnight rumah Fiza). Lepas tu we all siap2 untuk agenda kami hari tu and and...the best part was Fiza make upkan aku. Ni kira first time la aku make up. Aku ni mana la reti main make up apa semua tu. Cukup pakai cream, mascara dengan lipstick. Haa dah.
Lebih kurang pukul 9 lebih macam tu aku dengan fiza sampai kat our meeting point. Tunggu budak 2 orang tu sampai aku dengan fiza cari tempat mana yang strategik. Lawa untuk gambar nanti. Lighting kena nampak cantik, sudut untuk posing mesti ada, angle untuk shoot pun mesti kena. Semua kami timbang tebalik before pilih lokasi tu. Penting beb untuk gambar cantik tau.
Projek ni dibuat khas untuk penggemar pakaian yang simple and elegance even me personally loves this collection pretty much. Linen top and pareo skirt are very well match each other yet pretty to get style separately. Nama dia linen top sebab baju ni dibuat menggunakan kain linen yang berkualiti. Sangat best dan selesa dipakai. Pareo skirt pula dari kain dull satin. Very flowy when wearing it. Just nice.
You all boleh choose nak pakai linen top dengan jeans ke. Bagi aku, aku match kan linen top dengan jeans bila nak nampak casual. Biasanya untuk keluar jenjalan hari2 biasa aku suka match dengan jeans. Untuk pergi majlis kenduri ke apa aku suka gayakan linen top sekali dengan pareo skirt. Sebab nampak sweet, simple and elegance. Ni cadangan fashion dari admatiza ya..*blinking eyes. Tak kisah you all nak match dengan apa pun dengan kain batik ke dengan seluar tido ke. Semua nampak cantik. Jangan risau. Weee
So, let's check it out!

beau.byfyza 











Cantik kan? I just love this collection to bits. Linen top comes with 5 colors: (Free size, boleh fit from xs-xl)
  • Light green
  • Vanilla cream
  • Soft purple
  • Ocean blue
  • Navy blue
And pareo skirt also comes with 5 colours:
  • Gold
  • Pink
  • Grey
  • Maroon
  • Cream
You all boleh mix and match all these colours. Nothing go wrong with any colours. Trust me! 
Aku dah siap2 booking untuk tambah koleksi dalam wardrobe. Because this one is simply must have outfit for any women. Showed to my mum and she approved.Haha..
You all boleh usha koleksi ni kat instagram. Type @beau.byfyza and follow untuk dapatkan latest update. Apa-apa nanti jemput la tengok. Berminat nak tempah boleh whatsapp nombor ni 013-5990626 plus owner dia sangat peramah tau. Happy shopping guys!

In casual look. Match with your favourite jeans during your day out girls!


Back to cerita aku pulak. Dah siap photoshoot semua kami bergerak cari makan. Kami pilih boat noodles kat empire damansara. 



Sedap kuih ni. Nama apa dah aku tak ingat tapi dia rasa macam ala-ala kuih tepung pelita

Yang ni everyone's favourite. macam kangkung goreng tepung kot aku rasa. Crispy dan sedap. Recommended.

Aku suka makan sini sebab makanan dia tak buat aku kenyang sangat. So selesa untuk makan banyak. Gambar semua main snap je sebab lapar tak menahan. Makanan sampai je tangan semua orang bersimpang siur. Sekejap je dah licin. Nampak tak tahap lapar dia macam mana? hehe..  

Toodles!




Wednesday 20 January 2016

Weekend, Ayam goreng berempah simple dan sambal belacan

Assalamualaikum w.b.t

Weekend, ayam goreng berempah simple dan sambal belacan. Yes, you read my post title right. Kita akan sama-sama menyelami hari weekend aku, resepi ayam goreng berempah  simple dan sambal belacan. Last weekend, my bestie was back in town! So, us just being us. We'd never missed any of girl's day out together. Okey, hari sabtu lepas adalah hari aku kena kerja so hari tu dah makan setengah hari mengadap laptop kat office untuk update progress report and bla bla bla. Berbekalkan tenaga kuasa dua laju gila aku update report dengan harapan by 12pm aku dah boleh blah. Dah janji nak gi dating okey.
Alhamdulillah aku berjaya siap kerja dalam pukul 12 macam tu dan berkejaran ke lrt station. Kat sana aku nampak ada budak cantik ni tengah pandang aku. Aku pun pandang dia. Dia pandang lagi, aku kelip2 mata pandang balik. Guess who's that pokemon? *insert emoji mata ada love
There she is! My bestie!
Masuk kereta, mulut dua-dua terus berjalan 120km/h dan tempat pertama yang dituju adalah ke sebuah butik yang terletak dekat bangsar. Alaa, in short butik tu depan HQ aku. Aku suggest kami pergi RUMODA sebabnya kata si kawan aku dia nak cari baju untuk pergi kenduri. Shoot kami pergi sana.

Ni la budak cantik yang pandang aku kat lrt station tu. Cantik kan? adore her.

Kawan aku park kete kat depan HQ aku. Sikit punya baik timing time tu jugak aku nampak kete projek manager aku kat depan tu. Menggelabah tak ingat. Tapi gambar ootd tetap kena ambik jugak. Pedulik.


Kami masuk RUMODA cari baju kawan aku ni. Belek telek itu ini tadaaa jumpa jugak satu kurung moden untuk dia. Okey dah siap bayar, perut minta isi pulak. Mata dua2 dah kerling kat kedai hipster kat sebelah. Bila dah kerling tu namanya memang mintak masuk. So masuklah kami ke kedai kopi xoxo milik actress terkenal tuu .. si nora danish. Ni kira first time masuk sini. Sebelum ni tak pernah sampai pun kedai kopi ni. Kami memasing order pasta, aku seafood, fiza lamb. Pastu fiza order makanan famous kat sini pisang gorpis. Okeylah, boleh tahan jugak la makanan dia tapi mahal sikit lah. 


Aku suka dengan baby breath dalam botol kaca ni. So pretty!

Tadaa, menu pilihan kami kat kedai kopi xoxo ni


Dah, jom balikkk!


Petang tu kami balik damansara umah kawan aku, kira aku spend overnight kat rumah dia. Sebab esok ada agenda penting. Hehe, nanti next entry cerita pasal agenda penting tu. Okey, back to our recipe seperti yang tertera di atas.
Ahad petang lepas pergi kenduri dengan fiza, dia hantar aku balik rumah. Dan malam tu terjadilah aktiviti memasak geng housemates aku. Let's check it out what menu that we had on that beautiful night.

Ayam goreng berempah simple

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Beberapa ketul ayam
  2. Serbuk kari daging BABA'S
  3. Garam
  4. Lada hitam (serbuk/ditumbuk)
  5. Daun kari (depends on chicken yang digunakan)
Cara-cara:
  1. Memula, basuh dan potong ayam beberapa ketul. Bergantung berapa orang yang you all nak jamu. Untuk marinate ayam tu, taburkan serbuk kari daging BABA'S, sedikit garam (main agak je), lada hitam (kami guna serbuk) dan setangkai daun kari. Gaulkan kesemua bahan ini dan marinate ayam untuk beberapa minit. Bagi dia serap.
  2. Dah siap marinate tu, terus goreng. Siap! *simple kan?
Tadaa, jadilah ayam goreng berempah simple. Excuse ayam kami yang sedikit malap warnanya. Terlebih garing. Don't judge our chicken based on color appearance. It's taste good! Hehe

Sambal belacan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Cili besar (cabai hidup) -depends berapa banyak you all nak buat (kami guna 5-6biji)
  2. Cili padi -depends berapa banyak you all nak buat (kami guna dlm 12-14biji)
  3. Belacan -setengah sudu besar 
  4. Asam jawa (isi dan airnya) -1 sudu besar dan sekali dgn air suku cawan
  5. Garam
  6. Gula
  7. Limau nipis (separuh je)
Cara-cara:
  1. Basuh dan potong kasar cili besar dan masukkan sekali cili padi ke dalam blender. Masukkan belacan, asam jawa dan airnya, garam dan gula sikit dan perah limau nipis separuh.
  2. Blender semuanya sekali. Siap!


Tadaa, sambal belacan hasil air tangan najwa

Berbekalkan perut yang berkeroncong, sambal belacan dimakan bersama ayam goreng berempah simple dengan nasi panas. Wallaa.. 
Okey, jump next entry.
Toodles!












Sunday 10 January 2016

Spaghetti ala Najwa & Buttermilk chicken ala Najwa


Assalamualaikum w.b.t


Woarghh..I'm so damn hungry now. Spaghetti is my fave anyway! Aktiviti aku dihari minggu kebiasaannya memasak dengan housemates. Maklumlah bangun lapar, nak buat apa lagi selain masak untuk isi perut since weekend je la kalau sempat masak sesama. Aku mengaku tak pandai masak sekadar simple2 tu boleh la aku main campak tapi aku suka  nak belajar masak. So, its time to play in the kitchen peeps!
Housemate aku ni pandai masak, so I've been observing her skills at the kitchen add this and that and some more just like what she wants it and feels it. Serap masuk dalam kepala apa yang boleh.
Minggu lepas adalah giliran kami berwestern. We choose to cook spaghetti and I name it as 'Spaghetti Ala Najwa'. Taste dia? Ahmayyyzingggg! Sedap sangat. Aku suka. Untuk penggemar spaghetti meh aku share resipi ni. Ni kira kredit kat housemate aku, najwa (Wa, you're a public figure now).. weee

Spaghetti ala najwa

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Spaghetti (u all boleh tukar dengar segala jenis anak beranak pasta, penne, spiral or anything yang ada kat mall. Kami guna penne sebab yang tu je ada dalam stok kat rumah)
  2. Sos bolognese (kami guna brand kimball)
  3. Sos cili (2 sudu besar)
  4. Sos tomato (2 sudu besar)
  5. Tomato segar (dipotong dadu)
  6. Carrot (dipotong dadu)
  7. Daging kisar (depends banyak mana yang you all suka)
  8. Kiub lembu knorr (1 biji)
  9. Oregano 
  10. bawang putih (4 ulas) -dipotong dadu
  11. bawang merah (2 ulas) -dipotong dadu
  12. Halia (dihiris)
  13. Cili padi (ikut suka nak letak berapa) -dihiris
  14. Olive oil -untuk menumis
  15. Lada hitam (ditumbuk)
Cara-cara nak masak:
  1. Memula rebus spaghetti (kes aku ni rebus penne la kiranya). Dah masak dan lembut sejat dan ketepikan. Tips tak nak bagi dia melekat aku pernah baca gaul sikit dengan olive oil.
  2. Untuk sos pula, tumis bawang putih, bawang merah dan halia dengan olive oil hingga naik bau. (Amalkan gaya hidup yang sihat pakai olive oil..hee) 
  3. Masukkan daging cincang sampai masak dan tuangkan sos bolognese, sos cili dan sos tomato. 
  4. Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato, oregano, kiub lembu knorr, cili padi, garam, lada hitam dan gula. (garam dan gula main adjust je ikut rasa yang you all nak)
  5. Siap! 

Dah siap keletang keletung, tadaa..wallaa

 *sila abaikan sudu garfu yang tak match. Bila dah ambil gambar baru perasan..hishh
 *Don't judge my presentation skills. Agak ke laut.

SPAGHETTI ALA NAJWA

Untuk minggu ni, kami masak bertiga (aku, najwa dan bibi) ni geng rumah sewa. Okay, minggu ni kami tekak melayu minta nasi. So masak nasi and our main course is *bunyi gendang.

Buttermilk chicken ala najwa 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Ayam (kami guna chicken breast senang nak potong kiub2)
  2. 1/2 cup Tepung gandum
  3. 1/2 cup Tepung jagung
  4. Bawang putih  (dalam 6 ulas)
  5. 1-2 biji Putih telur
  6. Cili padi (dalam 5-6 biji)
  7. 2 sudu besar butter (kami guna buttercup dan lebih dari 2 sudu)
  8. Serbuk kari (guna serbuk kari daging babas)
  9. Daun kari (guna dalam 4 tangkai daun kari untuk kuah buttermilk, 2 tangkai untuk perap)
  10. Setengah tin susu cair (depends kat you all nak kuah banyak mana)
  11. Garam dan lada hitam
Cara-cara nak masak:

  1. Memula potong ayam kiub2 dan perap dengan garam, serbuk kari, daun kari dan lada hitam (ditumbuk).
  2. Campurkan 1/2 cup tepung gandum dan 1/2 tepung jagung. Main agak2 cukup tak dengan ayam yang you all potong.
  3. Siapkan putih telur.
  4. Celup ayam dalam putih telur dan sadur dengan campuran tepung tadi lepas tu goreng.
  5. Dah siap goreng ayam ketepikan dan mula start masak untuk kuah buttermilk.
  6. Masukkan butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. 
  7. Bila dah naik bau, masukkan susu cair, garam dan lada hitam sikit. 
  8. Masak dan kacau hingga pekat. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng tadi. Siap! 

Tadaa...wallaa!


Alhamdulillah tersadar kenyang kami bertiga makan nasi, berlaukan buttermilk chicken dan sayur goreng ala bibi (tak ada gambar pulak sayur ala bibi).  Perut yang bergendang makan nasi panas-panas dengan lauk ni ditambah pulak dengan sambal belacan..perghh wallaaa. You guys should try! Try this at home and you will like wallaaweyy..hehe

Macam tu lah lebih kurang cerita makan aku di hujung minggu bersama geng rumah sewa. Dah perut kenyang, tiba masa untuk aku mereka cerita. Cerita apa? Haa, my third baby is on the way. Actually, still long way to go sebabnya aku baru dalam phase introduction. Need to work really hard to finish it by..err i don't give any dateline for this but i'll try to finish this asap.  Ohh, i can see tons of work waving at me..


My third baby (coming soon, insyaALLAH) semoga allah s.w.t permudahkan urusan untuk menyiapkan manuscript ini. Ada yang tanya apa tajuk dia tapi aku tak ada pilih tajuk lagi. Usually, tajuk adalah paling last aku buat sebab aku akan scanning whole story untuk pilih tajuk. Untuk dua-dua novel sebelum ni macam tulah aku buat. That's why aku namakan manuskrip aku first, second and third baby. :)
Alhamdulillah first and second baby dah bernama tinggal yang third baby je tak ada lagi.

My first baby = Penghujung cintaku (PC) yang ni special sebab yang sulung. Cerita yang aku reka berdasarkan pemerhatian aku.

My second baby = Rindu menyapa cinta (RMC) yang kedua ni pun special sebab bagi aku cerita dia lebih matang dan mengajar aku tentang keagungan doa kepada Yang Maha Esa.

My third baby = coming soon insyaALLAH. May Allah s.w.t ease my way to complete this manuscript. InsyaALLAH, amin.

Toodles! 






Wednesday 6 January 2016

INDONESIA


Assalamualaikum w.b.t

*Amaran: Entry banyak gambar.

Indonesia, sebuah negara yang berjiran dengan malaysia dan mempunyai banyak siaran sinetron kegemaran makcik2 malah aku sendiri. Siapa tak pernah layan sinetron jangan menipu sangat. Aku tahu zaman dulu2 gigih balik sekolah campak beg tepi dinding demi nak tengok bawang putih bawang merah. Pernah tak? aku pernah sebab aku minat siska..haha. Okey enough. Bukan pasal sinetron yang aku nak cerita dengan tajuk berupa di atas. Since ni baru tahun baru jadi aku belum berkesempatan bercuti memana lagi tapi tahun lepas aku sempat la kiranya melaburkan duit bercuti dan tempatnya adalah. Tu baca tajuk kat atas.
Yes, last year marked myself visited Indonesia twice. Alhamdulillah aku berkesempatan melawat ke tiga buah negeri di Indonesia. Jakarta, Bandung dan Bali. Tiga tempat berlainan dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. At first, aku ikut rombongan umi dengan colleagues dia ke Jakarta dan Bandung. Tak lama pun aku pergi bercuti ni, short trip tiga hari dua malam je tapi sempat la ke dua2 tempat ni. Kenapa pergi bandung? Sebabnya tahulah mak2 ni suka dengan kain2 semua tu kan dan Bandung memang terkenal untuk kaki shopping beli kain, telekung, kerepek, branded outlet and bla bla bla.
Actually, beberapa hari sebelum aku nak pergi sana aku diserang demam. Hati aku dah gundah gulana, esok nak pergi sana demam aku masih tak kebah. Panadol aku keep makan biar demam cepat-cepat kebah. Aku tak nak nanti demam pergi sana confirm mood nak jalan-jalan ke laut. Sia-sia pergi tempat orang tak gi berjalan. A very much thank you goes to my housemates sebab jaga aku time demam tu. Terasa kasih sayang membuak-buak dan disayangi sepenuh hati oleh mereka. *sila geli baca part ni
Okey, back on track. Kat mana tadi? 
Okey, flight ke Jakarta adalah awal pagi so malam tu kami semua rombongan cik kiah tidur dahulu di sama-sama express hotel lounge klia2 tu jugak. Senang esok pagi bangun terus gerak. I just love this hotel. Akak bagi lima bintanggg!

Now, let photos do all the talking.


                                                  I look very much pale. Demam.
          Malam tu sempat buat tutorial dalam bilik hotel untuk kawan-kawan umi. Berkenan cara pakai shawl ni katanya. Thank you hanis zalikha, I famous sebab gayakan tudung gaya you..weee


We are safely arrived in Jakarta. Benda pertama aku perasan tentang kota ni jalan raya sangat sesak. Macett.. bertambah pening kepala aku yang sedia berdenyut. Kami sempat singgah kat tanah abang pastu ada mall ape ntah aku tak ingat. Banyak makan semut kot aku ni habis semua tak ingat. Aku tak snap gambar pun kat jakarta sebab tak larat. Demam katanya. Dalam van pun aku tido je kejenya. Bila agak-agak hari nak merangkak petang, to Bandung we go! Perjalanan dari Jakarta ke Bandung agak lama. Berjam-jam dalam van. Aku tido lagi. 


Sampai Bandung, tak menyempat terus shopping di sekitar branded outlet yang terdapat di sana. Kaki shopping mesti go crazy tengok barang2 kat outlet2 ni. Aku ingat aku ni dah kaki selfie tapi aku silap about my umi's friends. They are way crazy taking photo than me! 


Breakfast pertama di Marciella Hotel, Bandung. I just love bandung weather. Sejuk dan nyaman je. Alhamdulillah hari kedua aku dah fresh. Walla..let's shop till drop! 


 Kat bandung ni, aku dengan umi shopping kain sulam, kain lace (kain-kain kat sini sangat cantik ok), baju, jeans, souvenir untuk yang tersayang kat rumah tu, kerepek2 yang famous kat sini.





Last day, singgah Kartika Sari before heading to bandung airport. Orang cakap its a must kalau datang Bandung beli brownies kat sini. 


With the queen of my heart. 

Itu adalah cerita Jakarta dan Bandung. Beberapa bulan lepas tu, aku ada company trip ke Bali. Bali...tempat omputih melepak. Antara kepulauan tercantik dunia. Sangat teruja. This trip hanya melibatkan female staff only. Sorry guys. Next trip would be yours. Site team, happy working and i'm leaving. *waving hand


Flight kami ke Bali awal pagi jadi pukul 5 pagi dah gerak dari rumah. Sampai klia, solat subuh, check in dan breakfast.



Dan-dan nak masuk tu sempat lagi sebab kami ada miss photographer. :)

 

Safely arrived in Bali. The one with sunglasses is our big boss. A very big thank you boss for    sponsored our bali trip. It was ahmayziingg!


Sampai-sampai ada orang kalung benda ni. Smell so jasmine.


Tak ke sawan aku tengok pemandangan sebegini indah. Subhanallah. Very much beautiful. We stayed at Alila Seminyak Bali. Memandangkan projek company aku sekarang tengah construct Alila Bangsar tapi kaitan apa antara company tempat aku kerja dengan hotel ni? What do you think?




I love their greeting food! Mana cukup sorang satu kecik cenonet je.








Their hospitality is beyond perfect and tiptop. Come stay here guys. You won't regret and worth every penny! Great hotel, amazing facilities, friendly staff, just perfect combo for relaxing stay and away from tons of works. Couple will definitely love this place too. For honeymoon, baby moon or other moon2. 




Buka pintu nampak model-model victoria's secret tengah berjemur ditemani lelaki-lelaki hot!







Ready for hi-tea and dinner. Aku pakai selekeh je..sob2..








Breakfast sebelum memulakan aktiviti hari kedua. Time ni kami semua berpecah ikut pilihan masing-masing. Aku pilih group shopping so all day long aku hanya pergi tempat-tempat shopping dan spa. Kalau group satu lagi tu dia orang pergi tempat-tempat menarik macam tanah lot yang famous tu pastu pergi tempat waterfall.



Spotted this cute little boy



My pretty roommate for three days




Full house at Jimbaran beach. Tempat romantik yang pasangan kekasih suka datang. Candle light dinner sangat.


                                                      Damaged that we done because I love seafood!


Ini adalah potato head. Tempat dia macam lepak, minum2, fashion, art, music live band macam tu lebih kurang. Aku tak sempat nak pergi. Yang lain tu pergi sini malam tu tapi aku duk terbongkang layan tuan anas mikail dalam bilik.. chehh Internet hotel laju gila so apa lagi layan youtube la. Since tv dia tak ada channel malaysia, tapi option dia provide boleh tengok youtube. Apa lagi layan la. Punya syok aku dengan roomate aku layan tengok youtube sambil kunyah kuaci bawak dari malaysia.



Last activity sebelum bertolak balik tengah hari tu ialah naik basikal keliling seminyak. Syok, jalan dia jalan kecik je untuk kita2 ni naik basikal in fact tourist pun buat benda yang sama. Basikal ni hotel yang provide untuk kita touring area hotel dan pekan kat situ. Sempat lari gi seminyak square beli souvenir. 


Ni jalan nak pergi ke potato head. Siang hari tak meriah sangat. Malam baru hidup sikit area potato head ni. 


Lepas round2 area seminyak ni, kami terus balik hotel bersiap untuk ke airport pulak. It's time to go home guys.  Janji gather kat lobby pukul 1230 tgh hari tapi pukul 11 kami masih di jalanan. Berdesup-desup kayuh basikal sebab kami dah agak lambat sebenarnya mana nak mandi lagi, nak final packing lagi.
So, I think that's all it is. My indonesia story and saje nak recalled my travel journey as i'm so looking forward for my next trip with my roomies next month. Can't wait.
Toodles!