Shaklee supplements

Shaklee supplements
SHAKLEE SUPPLEMENTS

Tuesday 11 July 2017

KULIT CANTIK DAN SIHAT SECARA ORGANIK (SET KECANTIKKAN SHAKLEE)

Assalamualaikum w.b.t


Idaman setiap wanita nak kulit yang cantik, sihat dan berseri. Tapi you all tahu tak apa yang sebenarnya penyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik? Apa tips dia?
Yang paling penting sekali sudah tentunya pengambilan air masak dalam diet harian. Sangat-sangat penting. Nak kulit cantik dan kesihatan pun terjaga pastikan you all rajin dan banyakkan minum air masak. Air masak tau. Based on researched, tubuh manusia sekurang-kurangnya memerlukan air sebanyak 8 gelas sehari iaitu bersamaan dengan 2-3 liters bergantung kepada berat tubuh badan anda.

Itu pasal pengambilan air untuk tubuh badan. Tapi sebenarnya makanan tambahan juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan. Banyak lambakan supplement di pasaran sekarang ni. Tunggu nak pilih beli makan je. Macam saya, buat survey dulu nak cari vitamin supplements terbaik untuk diconsume. Alhamdulillah ditemukan dengan produk shaklee. Terus jauh cinta. 


Kenapa jatuh cinta?


Sebab shaklee adalah produk organik. Selamat dan halal. Walaupun Shaklee ni adalah brand dari US, dikilangkan dan semua bahan mentah yang digunakan dari sana shaklee mendapat sijil pengiktirafan halal dari ISA (Islamic services of America). Jadi shaklee halal dan selamat sebab ianya tanpa sebarang bahan kimia. 


Kalau you all perasan kenapa dalam botol vitamin shaklee langsung tiada silica gel? Silica gel ni digunakan untuk menyerap wap air yang boleh menyebabkan terjadinya pertumbuhan kulat. Kalau you all jumpa vitamin di pasaran yang ada silica gel dalam botol meaning vitamin tu adalah sintetik. Yes, sintetik sebab silica gel diperlukan untuk menyerap wap air yang boleh merosakkan keadaan asal vitamin sintetik tersebut. 


Haa, kat sini kita dah tau. Vitamin shaklee ni adalah organik dan semulajadi. Tiada sebarang perisa, pewarna dan bahan pengawet.


Untuk dapatkan kulit cerah berseri dan sihat, boleh cuba set kecantikkan shaklee. Set ni ada ESP, VITA C SUSTAINED RELEASE dan VITA E COMPLEX.

VITA C SUSTAINED RELEASE
🌼merangsang pembentukan semulajadi untuk awet muda
🌼kulit lebih anjal dan tegang
🌼mencerahkan kulit
🌼menyekat pembentukan pigmen jeragat
🌼kulit jadi lebih bersinar dan gebu
🌼sebagai ketahanan badan (antibodi)

VITA E COMPLEX
🌼sebagai antioksidan dan anti penuaan
🌼mengurangkan garis kedutan dan halus pada kulit
🌼merawat parut jerawat dan parut lain
🌼memulihkan tekstur kulit dan tona kulit lebih sekata
🌼melawan radikal bebas yang merosakkan kulit

ESP
🌼membekalkan tenaga
🌼sumber protein untuk mencantikkan kulit
🌼memudarkan parut
🌼melembapkan kulit,menggebukan kulit dan kulit lebih berseri
🌼menganjalkan payudara
🌼baik untuk kesihatan jantung dan prostat

Apa tunggu lagi?nak dapat kulit cantik tak?Cuba la. Saya pun dah jatuh cinta dengan set ni. Memang terbaik.





Admatiza Suhaimi
019-9237412
Your trusted SID

Facebook: https://www.facebook.com/admatiza.suhaimi

Instagram: https://www.instagram.com/asbeauty_wellness/?hl=en


#shaklee #shakleeselangor #shakleekualalumpur #shakleebangsar #shakleepetalingjaya #shakleeshahalam #shakleekotadamansara #sayajualshaklee #esp #vitaminc #vitamine #shakleeeffect #pengedarsahshaklee




Saturday 8 July 2017

PENGALAMAN UMRAH (JANUARY 2017) ~ PART 1 MAKKAH

Assalamualaikum w.b.t

Entah kenapa hari ni terlebih rajin nak menulis blog. Tulis novel malas pulak. Okey merujuk kepada tajuk di atas aku nak share pengalaman paling berharga untuk aku pada awal tahun ni. 

UMRAH. Jujur aku tak pernah sangka aku dijemput menjadi tetamu Allah secepat ni. Memang aku ada plan untuk tunaikan umrah tapi tak pernah ada exact date tahun bila aku nak pergi sebab kewangan aku tak mengizinkan lagi. But allah knows best dan aku tak pernah berhenti doa. To my dear parents, I'll never could thank both of you enough for all the things that you brought into my life. What did I do to deserve the best parents anyone could ever ask for? May Allah's blessing be with you both. *tearing and I miss my parents real bad

Persiapan untuk menunaikan umrah

- Pilih travel agency. Parents aku pilih AL-FAIZIN travel agency. HQ bertempat di KL dan ada branch di kota bharu. For your info, al-faizin ni anak syarikat andalusia travel and tours. (Alhamdulilah service by al-faizin memang tiptop. Aku rekomen siapa2 nak ke makkah boleh tengok pakej dari travel agency ni. Plus mutawaif dia pun bagus.)

- Siapkan visa dan passport. (Visa diuruskan oleh travel agency so just hantar passport dengan sijil suntikan vaksin)

- Suntikan vaksin. Ni memang kerajaan malaysia dah wajibkan sesiapa nak menunaikan umrah atau haji kena suntik vaksin. Actually ada dua jenis tapi aku tak ingat dah apa. Tapi kes aku hari tu cucuk sekali je. Boleh tengok senarai klinik dan hospital yang sediakan suntikan vaksin. Aku hari tu, travel agency suggest sebuah klinik dekat area kota bharu ni juga.

- Ubat tahan period untuk wanita. Yang ni aku memang ambil. Aku siap pergi klinik jumpa pakar sakit puan kot. Hehe. Untuk dapatkan penjelasan dengan jelas effect kalau ambil ubat penahan haid. Aku ada tanya kawan doktor aku and dia suggest satu pil ni nama norethistherone (untuk tahan period) so bila aku pergi jumpa doktor pakar sakit puan tu aku minta dia ubat ni. Dia ada bagi dua suggestion and last2 aku pilih norethistherone. So bermulalah aku consume ubat ni agak kira2 sebulan before aku berangkat ke tanah suci. Alhamdulillah tiada sebarang side effect dan tubuh aku boleh terima ubat ni dengan baik dan haid aku datang balik 2-3 hari aku stop makan pil bila aku dah kembali ke tanah air. 

- Kelengkapan umrah dari segi pakaian. Yang ni aku tak bawa banyak pun. Aku bawa 2 helai telekung, 4 helai jubah (tak payah bawa banyak sebab sah2 kau akan membeli dekat sana. Jubah sana murah), tudung instant aku bawak sehelai and tudung biasa sehelai. Stoking dan handsock (ni aku bawa lebih sikit sebab senang nak ganti). Stoking untuk tawaf pun aku bawak satu. Kat sana boleh beli lagi.

- Wuduk spray bottle. Yang ni alkisahnya setiap family aku bawak sorang satu tapi time kat sana kami tak bawak pun pergi masjid. Sebab hotel dekat mekah sangat dekat dalam 80-100meters je so lepas tiap kali solat memang kami balik bilik hotel.

- Buku doa. Yang ni penting juga untuk orang yang pertama kali pergi macam aku. Aku beli buku doa untuk baca kat sana dan bawa al-quran terjemahan. Sempat juga print out doa-doa yang aku dapat dari google.

- Moisturiser dan lip balm. Yang ni memang aku pakai bila aku di luar ihram. Aku elakkan pakai time ihram sebab dia ada bau dan rasa. Sebab time bulan january aku pergi sana suhu kat sana agak sejuk so nak elakkan kulit menjadi kering selalu pakai moisturiser. Aku bawak yang brand the body shop. Moisturiser vitamin E. Serious sangat best. Lembut dan lembap je kalau pakai. Lip balm pun aku pakai range yang sama from the body shop. 

Yang ni je lebih kurang persiapan dia. Yes, bila urusan untuk ke tanah suci settle dari segi pilih travel agency, pakej dan perkara sewaktu dengannya tiba masa untuk siapkan diri. For your info, aku pergi umrah ni bersama parents aku, mak cik aku 2 orang dan cousin aku sorang. So in total 6 orang. Cun je parents aku ambk pakej sebilik dua orang. So dua orang la sebilik kiranya. Kira aku sorang je la ada kat KL sebab aku kerja sini dan aku selalu terlepas nak pergi kursus umrah. Dalam sebulan sebelum pergi tu semua ahli keluarga aku yang lain asal weekend je diaorang akan attend kursus umrah yang al-faizin buat. Sebab keadaan aku yang jauh dan aku pulak tak berkesempatan nak pergi mana2 kursus kat KL ni so sudahnya aku banyak belajar dari youtube je.

Sebulan juga aku persiapkan diri sebelum nak ke tanah suci. Macam-macam perasaan aku rasa dan takut pun ada. Aku banyak google tentang persiapan umrah lebih-lebih dari segi rohani. Nervous and way too excited. Sebulan ni juga aku tak focus benda lain. Hari2 aku study pasal umrah. Aku baca buku yang agency provide, aku study blog2 yang tulis pengalaman umrah and so on. 

On that memorable 4th july 2017, tibalah masa aku dan keluarga berangkat ke tanah suci. Semua ahli keluarga hantar kami dekat airport kota bharu. Serious time ni semua menangis. Sedih. Aku doa allah jaga keluarga kat tanah air sepanjang kepergian kami ke tanah suci. Aku doa juga allah permudahkan segala urusan kami ke sana. Semoga kami selamat balik dan kembali kepada keluarga. Aku whatsapp semua kawan2 aku minta maaf dan halalkan semua yang pernah aku ambil and so on. Terasa sayu sangat and first two hours dalam flight to jeddah aku menangis. Sayunya rasa.




Sampai klia2 malam tu terus isi perut dulu sementara tunggu taklimat pukul 2pagi sebab flight ke jeddah pukul 5pagi. 





Time ni kulit muka teruk. Breakout sana-sini. Ummi aku cakap nanti kat sana banyakkan basuh muka dengan air zam-zam. Minta dengan Allah.


Flight kami terus ke jeddah jadi kami akan masuk mekah dulu untuk menunaikan umrah barulah ke madinah so dari airport lagi dah siap2 pakai telekung dan berkain ihram untuk lelaki.


Dalam fligth aku satu row dengan my aunties. Flight mengambil masa dalam alamak aku lupa berapa jam tapi lama. Masuk flight kejap pilot announced masuk waktu subuh, mujurlah kami siap2 dah berwuduk sebelum masuk kapal tadi so tak payah tunggu beratur dekat toilet. Aku menangis kejap pastu aku tertidur lepas tu bangun makan lepas tu baca buku doa dan munasabah diri. 


Seat belakang kami parents dengan cousin aku. Bila ambil gambar celah seat macam ni lah jadinya.

Lagi 1 jam nak masuk tanah haram, pilot announced untuk bermiqat di Qarnul manazil. Maka bermulalah kami dalam ihram. Pantang larang ihram semua kena jaga. Time ni aku rasa excited sangat. Rasa tak sabar nak land dekat tanah haram. Tempat idaman semua umat islam. Rumah Allah. Tempat paling mulia.


Alhamdulillah kami dah selamat menjejakkan kaki ke tanah suci. Ni dekat airport jeddah tengah tunggu bas untuk dibawa ke kota mekah. Alhamdulillah juga urusan imigresen kat sini dipermudahkan dan ambil masa sekejap je.




Sebab kami sampai agak awal dan urusan untuk check in hotel dekat mekah lewat sikit jadi kami berhenti solat dan berehat di masjid terapung laut merah. Subhanallah cantik sangat laut merah ni. Walaupun nampak cuaca panas tapi angin tepi laut ni sejuk je. Kami solat sunat dan solat zuhur dulu dekat sini. Makan tengah hari dan lebih kurang 3 jam berehat kat sini barulah kami teruskan perjalanan ke kota mekah. 





Kami selamat tiba dekat hotel elaf kinda mekah around asar dan terus buat umrah dengan mutawaf kami ustaz ali imran. Serious ustaz ni bagus dan ustaz ni guide kami dari kl lagi. So dalam flight pun kami para jemaah dah beramah mesra dengan mutawif.



Alhamdulillah selesai umrah pertama hari tu jugak. Dalam pukul 11 malam macam tu kami terus balik hotel. Hotel elaf kinda mekah sangat dekat pintu masjidilharam. Paling hampir dengan pintu 88, 89 dan 90. Dalam 80 meters je macam tu. 


Pertama kali aku tengok kaabah yang selama ini menjadi tunjang arah kiblat umat islam aku terpaku. Aku diam. Aku hayati kebesaran allah didepan aku. Hati jangan cakap. Aku menangis. Aku rasa betapa kasih sayang allah yang jemput aku ke sini. Antara insan yang terpilih. Sungguh aku sebak. Amazed. Stunned. It's just so indescribable. It's beyond words. Masa ni hati cuma fokus untuk beribadat. Masa ni kau akan rasa kau paling dekat dengan Allah. Kau berada di rumah Allah. Tempat paling mulia atas muka bumi. Subhanallah. Kaabah adalah benda paling indah aku tengok.
Alhamdulillah juga aku sempat baca doa-doa kiriman keluarga dan kawan-kawan di depan kaabah. Semoga allah makbul dan angkat doa-doa kita. Amin ya rabbal alamin.



Breakfast pertama selesai solat subuh di masjidilharam. Time kat dining hall ni lah boleh beramah mesra dengan para jemaah lain lebih-lebih lagi group kami under mutawif ustaz ali imran. Group kami tak ramai pun so senang nak kenal. Tentatif hari kedua di mekah adalah aktiviti bebas. Hari ketiga pula baru ada program ziarah dan umrah kedua. So kami apa lagi lepas solat subuh, breakfast lepas tu naik berehat kejap kat bilik then keluar balik untuk shopping.


Aktiviti bebas kami shopping dekat zam-zam tower sebab hotel kami sebelah tu je. Ya ampun jubah dan abaya dia sangat menggoda.Tak boleh tahan. Hehe. Aku sempatlah membeli beberapa helai dan selebihnya untuk family dan kawan-kawan. Di mekah setiap bilik ada wifi masing-masing so aku dengan cousin aku decide kita orang tak payah beli la simcard sana. Sebab meeting point kami selalu dekat dining hall hotel. (Aku jaga mak aku dan dua orang aunties aku dan cousin lelaki aku jaga ayah aku.)

Sebab wifi dia laju, laju jugak aku update berita dekat family kat rumah. Aku dengan parents terus whatsapp call kakak dan budak kecik kat rumah (our bundle of joy, baby rayyan). Kakak aku update rayyan cari tokwan dengan tokmi dia. Rindu barangkali. Kami pun lagi rindu kat sini.  


My world. Thank you Allah for blessing me with these two beautiful souls. They're the best and I couldn't ask for anything more.


Entrance of Zam-zam tower

                                     
             Dalam masjidilharam. Cantik sangat ukiran senibina dalam rumah allah ni. Sepanjang aku berada di mekah aku berdoa supaya setiap kali aku solat aku berdepan dan nampak kaabah depan aku. Alhamdulillah sesungguhnya allah maha mendengar. Setiap kali aku solat aku memang akan nampak kaabah kecuali sekali je tak nampak sebab time tu orang ramai dan tak ada tempat. 


No care is greater than dad's care


No love is greater than mom's love



Tempat saei antara bukit safa dan bukit marwah.



Hari ketiga bergambar dengan sebahagian jemaah group mutawif ali imran. Jadi rapatlah jugak sebab hari-hari jumpa. Hari ketiga ni adalah hari ziarah dan umrah kedua. Pagi lepas breakfast kami semua berkumpul dan tunggu bas. Untuk umrah kami kena keluar dari tanah haram untuk bermiqat.


Jabal Thur. Berhenti sekejap di Jabal Thur. Ustaz ada cerita sejarah kat sini.


Nampak tak? Yang pakai vest purple ni la mutawif kami ustaz ali imran. Baik budaknya tau. Belum kahwin tapi bakal berkahwin. Mak-mak dalam rombongan kami berkenan nak buat menantu. Ketika blog ni ditulis dah selamat kahwin pun ustaz ni sebab hari tu dia ada mentioned nak kahwin time raya. So dah lepas raya selamat dah kot kahwinnya.


Di Jabal Rahmah, Arafah. Sebelum sampai sini kami lalu padang Arafah. Ustaz cakap jabal rahmah ni famous benar kalau untuk datang doa pasal jodoh tapi ustaz dah bagitahu awal-awal doa untuk akhirat juga. Kita ni kadang-kadang terlampau kejarkan dunia. Semua doa pasal dunia tapi akhirat kurang. 
Lepas tu, ustaz bawa kami semua berdoa tempat nabi muhammad s.a.w berdoa. Bukan atas bukit jabal rahmah tu tau. Ada satu dekat tempat lapang tak jauh dari bukit tu. Kami semua berdoa denga ustaz kat situ. Kat sini jugak aku doa. Betul, pasal jodoh aku memang doa dekat sini. Siapa pun dia, sebut nama ke tak hanya Allah yang tahu. Semua yang berlaku atas kuasa dan izin Allah. Allah sebaik-baik perancang. Tulang rusuk dan pemiliknya tak akan sesekali bertukar. Maka doalah. Doa senjata utama.  Aku dengan cousin aku sempat naik jabal rahmah ni sampai atas. Macam-macam cara orang berdoa kat sini. Ada yang solat atas batu. Ada yang tulis nama dekat batu. Ada yang cium batu. Tapi aku dengan cousin aku cukup dengan berdoa melihat pemandangan dari sini dan ambil gambar je. Lepas tu kami terus turun.
Selesai ziarah barulah kami bergerak ke Jaranah untuk miqat umrah kedua kami. Umrah wajib sekali je so kali kedua dan seterusnya nak buat umrah badal pun boleh. Kami satu keluarga buat umrah badal untuk kaum keluarga yang dah tiada. 







Untuk umrah ketiga kami kena keluar dan bermiqat di masjid tanaim. Al-faizin sediakan pakej untuk 3 kali umrah tapi untuk pakej tambahan ada ziarah ke hudaibiyah. Kami tak ambil untuk tambahan ni. Kami pilih untuk jalan-jalan sekitar masjidilharam dan kedai-kedai sekeliling tu.



Nampak tak kat atas ceiling tu? construction masih berjalan sebab kerja-kerja pengubahsuai/pembesaran masjid giat dijalankan.






Beautiful. It's so beautiful and nothing can take my eyes off of this. The holy Kaabah.

Okay, bersambung part 2 pengalaman dekat madinah pulak. Toodles.




















SHAKLEE, I'M IN LOVE

Assalamualaikum w.b.t

I'm back! Yes, after 1 year and 5 months. So long kan? Well, there is so much going on in my life within my away time. Now, nak focus tulis blog balik. hehe. Okay, since this is my first entry after my away time, may I start with something that I really wish to share with you guys. Is there anyone who reads my blog?

Actually banyak sangat benda nak share, I wish to share my trip experience, life update, and bla bla. Banyak lah tapi sekarang macam nak kena recall balik satu-satu benda dan hal yang jadi sepanjang setahun lima bulan ni. Nak kena susun dulu. Okay, benda first nak cerita yang paling best sekarang ni jadi dalam hidup aku is SHAKLEE.

You heard me? SHAKLEE.

Dulu pernah la dengar pasal shaklee tapi tak pernah ambik serius pun. Macam sepintas lalu je dalam kepala otak sebab ingat ni local product. Excuse me, jangan kecam aku. Aku tak ada cakap local product tak elok. Cuma time tu kalau nak cari yang jenis supplement, makanan untuk kesihatan tubuh badan ni aku lebih prefer yang laboratory tested, dermatogically tested. Masuk lab buat research sebabnya aku dah serik.Cerita pasal serik? yang ni yang lead me to find shaklee.

Why shaklee?
Dulu aku pernah pakai satu local product ni then setelah beberapa ketika aku stop sebab, aku rasa nak stop. Aku nak cari and feed my skin with healthy product. It's time! Sebenarnya baru ada kesedaran..hehe. Bila aku stop guna skincare tu, kulit aku breakout. Boleh tahan teruk sampai ramai orang sekeliling tegur cakap muka aku teruk. Sedih gila muka naik jerawat. Dah stop aku start pakai skincare yang organic. Aku pilih THE BODY SHOP. Aku ambik range tea tree oil sesuai untuk kulit muka berjerawat. Mula2 pakai kulit makin teruk pulak. Aiyakk.. apa kena ni?

Setelah di google, aku syak benda tu healing crisis. Lagipun kulit aku sebelum ni dah banyak makan bahan kimia kesan produk2 yang ntah pape aku pakai. So, benda organic ni la bertindak detox buang semua. Berapa bulan jugak muka aku teruk. Moral down ok. Lepas tu aku tak stop kat situ, aku baca nak cantik kena jaga luar dan dalam. Meaning, kena feed something untuk kesihatan dalaman juga. Bila yang dalam ni dah cantik of course la terpancar kat luar betul tak? Yang ni pentingnya buat research. Untuk cari supplement. Jangan main hentam kormo je makan semua yang nampak orang jual. Baca history dia orang buat supplement vitamin tu semua macam mana. Ingat ni benda yang nak jadi darah daging tau. Kau nak feed masuk dalam badan tu semua.

Out of nowhere ada sorang kawan aku suggest cuba ambil SHAKLEE. Time ni memang aku tengah usaha keras cari supplement terbaik untuk kesihatan tubuh badan. Berhari-hari aku google. Memang jenis suka buat research. Aku macam tinggg terus setuju untuk try tapi tapi aku buka laptop and nak research dulu sebelum aku kata yes nak order dekat kawan aku tu. That was how I first to know about this brand is originally from USA. Dikilangkan dan kajian dibuat di sana. Semua bahan mentah yang digunakan juga dari sana. Question is now is Shaklee halal to consume?

Yes. It's halal. Shaklee mendapat sijil pengiktirafan halal dari USA iaitu dari satu badan organisasi Islamic servies of America (ISA). Lagi bertambah yakin aku nak try produk shaklee ni. Terus order dengan kawan aku tu and first yang dia suggest untuk try ialah

ESP
VITA C SUSTAINED RELEASE
ALFAFA (consume untuk detox, bila rasa dah ok sikit aku stop ganti makan vita e)
VITA E COMPLEX

Lepas tu aku tambah pulak VITA E COMPLEX sebab nak pudarkan parut jerawat. Bila aku dah start consume alhamdulillah syukur nampak perubahan yang positif. Kulit aku makin elok dan nampak makin sihat. Ini serius. Family dengan kawan-kawan aku pun macam perasan kulit aku jauh lebih baik berbanding dulu. Okay, bagi proof bergambar la kalau tak percaya. Tengok ni.


Nampak tak perubahan dia? Gambar January 2017 tu guna filter cam 360..hehe. tu pun jerawat still nampak kan tapi gambar latest june 2017 snap camera biasa tanpa filter. Tadaa, muka nampak bersih dan cerah (hasil kegigihan konsisten makan shaklee)..hehe

Bila dah rasa sendiri effect shaklee ni, terus join nak buat business shaklee. Berdaftar jadi agen shaklee and now I'M OFFICIALLY SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. Aku nak share dengan orang ramai tentang kebaikan produk shaklee. Aku sendiri dah rasa so nak share dengan orang. Alhamdulillah bulan july ni bulan ke 3 aku join shaklee. Alhamdulillah jugak daripada business ni aku nampak banyak manfaat dia. Bulan pertama aku join shaklee, aku dah start dapat bonus pertama. Alhamdulillah untuk permulaan dapat jugak merasa bonus shaklee. Thank you to my dear customers. Banyak positif feedback aku dapat dari customer yang dah consume shaklee. In fact siap repeat order lagi. Nampak tak? Kalau produk tu bagus insyaAllah orang pun yakin nak teruskan guna. Just like my case. I love how it works on my skin, I love how it change my life. I love everything about shaklee. Aku suka produk yang berasaskan organic. Bahan selamat untuk diconsume. Cuba google berapa banyak artikel cerita pasal kebaikan menggunakan produk organic.

Okay dah cukup rasanya membebel untuk entry pertama setelah sekian lama. Gigih menaip entry ni time tengah kerja. Feeling like wonder woman hari ni. Toodles.


Untuk sebarang pertanyaan atau consultation berkenaan produk shaklee boleh whatsapp saya 019-9237412. Boleh juga check fb dan ig saya

Facebook: https://www.facebook.com/admatiza.suhaimi

Instagram: https://www.instagram.com/asbeauty_wellness/


Saturday 13 February 2016

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum w.b.t

Hewhew..dah lama tak update blog. Referring to the post title above, ada cerita sikit pasal my short vacation to Tok Aman Bali Beach Resort. Nama terasa macam kat Bali, Indonesia tapi tapi...tempat ni hanya berada di kampung halaman aku. Mana lagi? Kelantan darul naim tercinta. Sebelum ni ada kekawan tanya pasal resort ni tapi aku tak boleh nak explain lebih walaupun ianya memang terletak di kampung halaman aku tapi aku sendiri tak pernah jejakkan kaki kat sini but now dah boleh cerita dah. Dah experience datang tempat ni meh nak share tentang resort ni. Orang luar kelantan pernah cakap tertarik tengok view resort ni dari jalanraya nak ke besut. Ada tasik. Sangat cantik!
Okey, percutian ni dipanggil girlfriends' short vacay yang disertai oleh aku, fiza, anis dan dyla. Dulu-dulu time semua masih study tunggu sem break baru ada peluang nak jumpa ke apa kan but now alhamdulillah semua orang dah kerja so kami pilih weekend untuk bercuti. Tak lama pun aihh..semalam je kami kat sini sebabnya ada hal yang tak dapat dielakkan.
Tak lama pun but we had lots of fun. We enjoyed every moments created here.
Dah, tak payah cakap banyak kita usha best ke tok aman bali beach resort ni. Best ke?

Aku suka gambar ni sebab aku nampak tinggi..kikiki..

Ni la entrance nak masuk ke main lobby. Kemain cantik aihh. Kami check in dah agak petang la jugak. Dah nak maghrib sebabnya kami tunggu flight dyla sampai dari kl dulu barulah gerak ke tok bali. Aku,fyza dengan anis dah balik lebih awal. Around sejam jugak la nak sampai ke tok bali dari kota bharu.
Sebelum sampai tempat ni aku, fyza dan dyla jakun tengok laut. Nampak je laut nak menghala ke tok aman bali ni, semua dah tergedik nak ambik gambar. Ni memang tak boleh jadi. Stop the car!! Stop the car. Jangan sampai aku tarik handbrake..haha


Yeayy..kami dah sampai maldives!  tok bali!. Subhanallah. Pemandangan dia cantik sangat. Tak ada pulak sunset sebab rasanya matahari dah full turun plus hari tu hujan renyai-renyai so matahari takde pulak tapi tak apa, scenery kat sini memang minta berhenti untuk tangkap gambar. Aku tak kira.


Posing kejap je kat sini sebab anis dah selamat sampai resort lebih awal so bergerak la kami ke sana. Sampai je check in masuk bilik *actually anis dah check in masuk dulu sebab kami sampai lambat. Hehe.. Jom usha bilik kami.


Full mirror kat balcony untuk ambil gambar full OOTD esok..hihi

Malam tu, lepas bersiap and solat semua kami bergerak keluar untuk dinner. Orang cakap dah datang bercuti area tok bali ni memang wajib makan seafood. Ikan bakar contohnya. Sepanjang jalan tu berlambak kedai-kedai makan yang berasaskan seafood dan ikan bakar. Kami ni bila dah banyak choices terus jadi tak tahu nak berhenti kedai yang mana satu. Hehe. So, kami berhentilah try kat satu restoran ni. Tak ingat pulak nama kedai tapi penangan ikan bakar masak berempah cicah air asam, sambal belacan, kailan goreng, sotong goreng perghhh buat semua orang tak boleh berhenti makan. Licin kami bedal semua makanan, ni gambar pun main snap. Dah nak licin baru teringat nak ambil gambar. So, kindly ignore the mess guys. 


Lepas dah siap isi perut, maka keberangkatan pulang ke resort. We just proceed with pillow talk in our room dan tepat pukul 12 adalah birthday ANIS!!..tak sempat prepare cake. Esok janji kita makan kek ya anis? 

Sajian di pagi hari dari balcony bilik

Wuarghh..good morning world! Bangun pagi, terus ke balcony nak ambil udara segar. Plannya pagi ni nak mandi kolam dan nak main aktiviti kat tasik depan ni tapi hujan turun membasahi bumi terpaksalah cancel. Just for your info, this resort ada banyak aktiviti menarik untuk dibuat. Contohnya:

Adult Swimming Pool & Child Wading Pool with slides
  • - Exercise Room
  • - Tok Aman Bali Spa 
  • - Cycling
  • - Pedal Boat Rides
  • - Fishing
  • - Kayaking
  • - Beach Volley Ball
  • - Kids Playroom
  • - Children Playground
  • - Games Room & Mini Library
  • - Herb & Butterfly Garden 
  • - Convenience Store
  • - Physically Challenged Guests Facility
  • - Room Service
  • - Paintball 
  • - 8-elements Obstacle Course
  • - Water Ball
  • - Buggy for Rental

Banyak kan aktiviti yang ada kat sini? tapi kami satu apa pun tak sempat join melainkan mandi pool. Pagi tu, dengan tak mandi *dah plan nak mandi pool* kami menuju ke dining hall untuk breakfast. Dah nama pun kat kelantan, pe lagi pekena nasi kerabu la pepagi ni but actually there are wide range of breakfast choices available here. Tunggu pilih je nak makan apa. 


 



Dah puas kami semua berikan duyung dalam kolam dan matahari pun dah makin tegak atas kepala, bertempiaran kami lari masuk bilik. Tangan kaki semua dah kecut, sambung mandi dalam bilik dan bersiap untuk balik.
Till we meet again tok aman bali beach resort. Ada rezeki kita jumpa lagi!

Sebelum bertolak balik, sempat lagi singgah pantai. Apa lagi, photoshoot kena ada.

Dyla

Fyza

Anis

Iza



Sampai je kota bharu, fyza bawak kami semua yang first time nak try kedai teh tarik madu paling famous kat kelantan ni, Warung Pak Mat Medan Ikan Bakar.Sup Kepala Ikan.Teh Tarik Madu. Warung ni terletak di Address: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan (near to Pantai Cahaya Bulan or PCB).
Business Hours: Opens morning til lunch time, closes on Tuesdays.


bagi aku kedai ni memang berhantu. Sekali kau dah try, kau akan keep mention nak datang lagi. Kedai pun tahap famous dia kadang-kadang bila waktu peak hours kena beratur. Dulu aku selalu dengar orang gebang2 pasal keenakan makanan kat sini now hands down to the best sup ikan ever! Aku memang kalah sikit dengan makanan bersup2 ni. Favourite sejak azali. 

From left to right: Kawan tadika fyza. Kawan sekolah fyza. Fyza. Kawan universiti fyza.


Sampai je kami kat rumah fyza, parents dia buat surprise kek dan makan2 sikit untuk birthday girl, ANIS. Happy birthday dear anis. We love you! May allah s.w.t showering you with HIS blessing. Ameen. Thank you ciktie and cikdin. Overall, we had so much fun even though it just a short trip one. To fyza and family, we couldn't thank you enough for this trip. :)

Toodles!